Microsoft perkenal SPE

Microsoft perkenal SPE

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seramai 70 peserta terdiri daripada perwakilan kerajaan dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menghadiri taklimat mengenai ‘Secure Productive Enterprise’ (SPE) anjuran Microsoft Brunei yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam (IPA), Tungku link.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Kawasan Microsoft Brunei, Danial Azizan Henry dan Eksekutif Perakaunan Microsoft Brunei, Wan Mohd Azwan.

Dalam taklimat tersebut, para peserta telah mendengarkan keterangan mengenai kepentingan penggunaan produk SPE sebagai produk terbaru di bawah jenama Microsoft.

Produk tersebut dilengkapi dengan penjagaan keselamatan data organisasi, pengurusan perniagaan, kolaborasi dan analisis perniagaan melalui perkhidmatan rangkaian Cloud.

Menurut Danial Azizan, SPE yang boleh didapati sejak 1 Oktober lalu itu juga menawarkan gabungan kesemua Office 365, Enterprise Mobility bersama keselamatan, Windows 10 Enterprise, keselamatan IT dan kawalan pengguna.

“Microsoft memahami bahawa perlesenan teknologi boleh membantu organisasi yang memerlukan ketangkasan kepada peluang teknologi masa kini. Dengan alasan ini, SPE telah diperkenalkan yang membolehkannya memberi kuasa terhadap perjalanan pertukaran era digital,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA