Microsoft saman kerajaan AS

Microsoft saman kerajaan AS

SAN FRANCISCO, 15 April (AFP) – Syarikat perisian Microsoft semalam menyaman kerajaan AS, berkata waran rahsia untuk menggeledah e-mel orang mencabul Perlembagaan AS.

Microsoft memfail satu tindakan guaman ke atas Jabatan Keadilan di mahkamah persekutuan di Seattle, berhampiran dengan ibu pejabat syarikat di Redmond. “Microsoft mengemuka kes ini disebabkan pelanggannya mempunyai hak untuk mengetahui bila kerajaan memperoleh waran untuk membaca e-mel mereka, dan disebabkan Microsoft mempunyai hak untuk memberitahu mereka,” kata peguam untuk syarikat dalam fail mahkamah.

Akta Privasi Komunikasi Elektronik membenarkan mahkamah mengarah Microsoft atau pembekal perkhidmatan e-mel lain supaya mendiamkan diri mengenai waran untuk data berdasarkan sebab-sebab terdapatnya “sebab-sebab untuk mempercayai” memberi maklumat kepada orang mungkin menghambat siasatan, menurut tindakan guaman.

Gambar fail bertarikh 12 April 2016 menunjukkan logo Microsoft di bangunan Issy- les-Moulineaux, di luar Paris, Perancis. AP
Gambar fail bertarikh 12 April 2016 menunjukkan logo Microsoft di bangunan Issy- les-Moulineaux, di luar Paris, Perancis. AP

Kuasa tersebut mencabul perlindungan perlembagaan kebebasan bersuara dan melindungi penggeledahan yang tidak munasabah, kata Microsoft dalam tindakan guaman. Mahkamah persekutuan dalam tempoh 18 bulan lalu telah mengeluarkan hampir 2,600 arahan kerahsiaan menyekat Microsoft daripada berkata apa-apa mengenai waran dan tindakan guaman lain yang mensasarkan data pelanggan, menurut fail.

ARTIKEL YANG SAMA