Microsoft tamat sokongan versi lama IE

Microsoft tamat sokongan versi lama IE

BERLIN, 9 Dis – Para pengguna versi lama Internet Explorer (IE) tidak lama lagi tidak akan mendapat kebanyakan sokongan teknikal, ketika Microsoft akan mengubah tumpuannya kepada versi pemprograman pelayaran (browser) lebih baru.

Maksudnya, bermula 12 Januari, Microsoft hanya akan menyediakan sokongan, pengemaskinian sekuriti dan peningkatan teknikal bagi Internet Explorer versi 11 dan lebih baru apabila mereka mengoperasi Windows 7, 8.1 dan 10.

Pengguna seharusnya memastikan mereka menggunakan versi pelayaran terbaru sebelum itu.

Sesiapa yang menggunakan versi lama Explorer ke atas sistem seperti Windows Vista atau XP perlu menukarkannya kepada pelayaran Mozilla Firefox atau Google Chrome. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA