Microsoft turut memeduli kakitangan

Microsoft turut memeduli kakitangan

SAN FRANCISCO, 6 Ogos – Microsoft semalam mengumumkan dasar cuti ibu bapa yang dipanjangkan bagi kakitangannya di Amerika Syarikat, sehari selepas langkah serupa oleh syarikat gergasi televisyen streaming, Netflix.

Syarikat gergasi teknologi itu berkata bermula 1 November ia akan menawarkan gaji penuh bagi cuti 12 minggu kepada kakitangan yang baru menerima kelahiran anak pertama, sertai tambahan lapan minggu bagi ibu bersalin, yang menjadikan cuti ibu kepada 20 minggu.

Sehingga kini, Microsoft telah menawarkan cuti bergaji empat minggu dan lapan minggu cuti tidak bergaji bagi kakitangan yang baru mendapat anak pertama selain dari cuti ibu bersalin.

“Apabila saya lihat pada bagaimana pantasnya perubahan tempat kerja biasa, bukan saja di Microsoft, tetapi di seluruh perniagaan pada umumnya, saya melihat peluang besar bagi syarikat-syarikat untuk menetapkan apa yang mereka percaya dan apakah jenis budaya yang mereka ingin wujudkan dengan kakitangan,” timbalan presiden Microsoft bagi sumber manusia, Kathleen Hogan berkata dalam blog.

“Apabila kami meminta kakitangan kami membawa permainan “A” mereka tempat kerja setiap hari untuk mencapai misi kami, kami percaya menjadi tanggung jawab kami untuk mewujudkan suasana yang mana orang boleh melakukan kerja terbaik mereka. Komponen penting ini adalah yang menyokong kakitangan kami dengan faedah yang paling penting bagi kami.”

Microsoft berkata ia menambah dua cuti bergaji baru, Martin Luther King Day dalam bulan Januari dan Hari Presiden dalam bulan Februari, yang menjadikan jumlah kepada12 hari, termasuklah dua cuti terapung. Ia juga menambah sumbangan syarikat bagi rancangan penjimatan persaraannya, dikenal sebagai 401k.

Dasar baru melibatkan kira-kira 60,000 kakitangan Microsoft di AS. Hogan berkata di luar AS, “Kami akan terus mengkaji apa ditawarkan di setiap negara dan bekerja untuk sejajar dengan falsafah faedah sejagat kami dan peraturan tempatan dan kedinamikan setiap pasar.”

Langkah itu dibuat sehari selepas Netflix mengumumkan ia menawarkan sehingga setahun cuti ibu bapa bergaji kepada kakitangan lelaki dan perempuan selepas kelahiran seorang anak.

Netflix berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kepuasan pekerjaan dan mengekalkan mereka yang berbakat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA