Middlesbrough dapatkan khidmat pertahanan Colombia

Middlesbrough dapatkan khidmat pertahanan Colombia

LONDON, 16 Jun (AFP) – Pemain pertahanan tidak ternama Colombia, Bernando Espinosa, muncul pemain kedua diikat kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Middlesbrough.

Pemain berusia 26 tahun itu yang turut dikaitkan dengan Watford, Everton dan Bournemouth, akan menyertai Middlesbrough pada 1 Julai ini apabila kontraknya bersama Sporting Gijon tamat.

Espinosa yang menghabiskan kariernya di Sepanyol bermula dengan Sevilla dan kemudian Racing Santander sebelum berpindah ke Gijon pada 2013, mengikut jejak langkah Viktor Fischer ke Stadium Riverside.

Espinosa sekadar membuat beberapa penampilan untuk Gijon musim lalu gara-gara dihantui masalah kecederaan lutut, namun Middlesbrough berharap dia akan cergas sepenuhnya pada awal kempen Ogos ini.

Fischer dibeli daripada kelab Belanda, Ajax Amsterdam dengan yuran perpindahan sebanyak 3.8 juta pound awal bulan ini.