Middlesbrough, West Brom kongsi mata

Middlesbrough, West Brom kongsi mata

LONDON, 29 Ogos – Middles-brough mengekalkan rekod tanpa kalah dalam permulaan Liga Perdana (PL) Inggeris selepas seri 0-0 dengan West Bromwich Albion di The Hawthorns semalam.

Pasukan Middlesbrough yang dinaikkan pangkat ke PL musim ini di bawah bimbingan pengendali dari Sepanyol, Aitor Karanka perlu menunggu sehingga minit ke-73 untuk melakukan cubaan tepat ke gawang.

Peluang terbaik West Brom muncul apabila pemain pertahanan Brendan Galloway dan Craig Dawson buat serangan, tetapi penjaga gol Middlesbrough dari Amerika Syarikat, Brad Guzan bertindak cemerlang dan tidak diuji secara sepenuhnya.

Manakala rembatan daripada Cristhian Stuani dan Daniel Ayala berjaya diselamatkan oleh penjaga gol West Brom, Ben Foster di akhir-akhir perlawanan.

West Brom kini mempunyai sekali menang, sekali seri dan sekali kalah setakat ini pada musim ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA