Midfield Fener ditembak

Midfield Fener ditembak

ANKARA, 12 Ogos – Pemain tengah kelab bola sepak Fenerbahce dan Turki, Mehmet Topal serta seorang lagi pemain terselamat daripada menjadi mangsa tembakan seorang individu tidak dikenali ketika menaiki sebuah kereta di sini, semalam.

Namun laporan polis menyebut insiden itu sebagai kemalangan dan bukan cubaan membunuh, lapor media tempatan hari ini.

Kelab Fenerbahce, berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah Topal ketika dia sedang memandu pulang daripada latihan, namun cermin keretanya yang kalis peluru berjaya menyelamatkannya.

“Ini adalah serangan pengganas. Kami mengutuk serangan bersenjata terhadap pemain kami dan berharap keadilan akan berlaku.

“Pemain kami bernasib baik kerana memandu dalam kenderaan dengan cermin kalis peluru,” katanya dalam satu kenyataan.

Mehmet Topal (kiri) terselamat daripada menjadi mangsa tembakan individu tidak dikenali ketika menaiki sebuah kereta di Ankara, semalam. – AFP
Mehmet Topal (kiri) terselamat daripada menjadi mangsa tembakan individu tidak dikenali ketika menaiki sebuah kereta di Ankara, semalam. – AFP

Kedua-dua pemain memberikan kenyataan kepada pihak polis dan siasatan sudah dilancarkan bagi memburu penyerang berkenaan.

Pada April lalu, bas pasukan Fenerbahce diserang ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang Trabzon yang menyaksikan pemandu kenderaan itu ditembak, sebelum ia dikejarkan ke hospital.

Persekutuan Bola Sepak Turki membatalkan semua perlawanan selama seminggu susulan insiden itu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA