Midtjylland ikrar benam United

Midtjylland ikrar benam United

NYON, Switzerland, 15 Dis (AFP) – Manchester United berdepan juara Denmark, Midtjylland dalam kelompok 32 pasukan terakhir Liga Europa selepas gagal layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

United antara tiga pasukan dari England yang menyertai undian malam tadi di Nyon, dengan bos Liverpool Jurgen Klopp akan kembali ke Jerman apabila The Reds diundi berdepan pendatang baharu dalam kejohanan kelab Eropah itu, Augsburg.

Tottenham Hotspur diberikan dua ujian timbal balik berdepan pasukan Serie A Fiorentina, selepas tersungkur pada lawan dari Itali itu pada peringkat sama musim lalu.

United kalah 3-2 di Wolfsburg minggu lalu dalam pusingan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara seterusnya meletakkan skuad Louis van Gaal ke kedudukan ketiga Kumpulan B dan mereka tidak menang lima perlawanan dalam semua kejohanan.

Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino menunjukkan tanda nama kelab bola sepak FC Midtjylland semasa undian untuk pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA di Nyon, semalam. – AFP
Setiausaha Agung UEFA, Gianni Infantino menunjukkan tanda nama kelab bola sepak FC Midtjylland semasa undian untuk pusingan 16 terakhir Liga Europa UEFA di Nyon, semalam. – AFP

Bagaimanapun, Red Devils pasti akan menjadi pasukan pilihan berdepan Midtjylland yang mara ke pusingan kalah mati walaupun mengalami dua kekalahan besar berdepan Napoli ketika peringkat kumpulan ‘Keajaiban sudah berlaku sebelum ini’, dan kami mungkin perlukannya sekali lagi, kata jurulatih Midtjylland,

Jess Thorup, dengan pasukannya sudah meraih satu kemenangan berdepan pasukan Liga Perdana apabila menewaskan Southampton pada pusingan kelayakan.

ARTIKEL YANG SAMA