MIER jangka ringgit pulih hujung tahun

MIER jangka ringgit pulih hujung tahun

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan ringgit akan pulih pada hujung tahun, selari dengan unjuran 2015 ke atas harga minyak mentah antara AS$58-AS$59 setong oleh Forum Ekonomi Dunia.

Pengarah Eksekutifnya Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid berkata harga minyak mentah pada Julai mencatatkan AS$48 setong, terjejas akibat kurangnya permintaan dan pengeluaran, dan terus menekan mata wang tempatan.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 3.8665/8695 berbanding dolar daripada 3.8510/8550 yang direkodkan pada hari ini.