Mikrofosil tanda wujud kehidupan 4.1 bilion tahun lalu

Mikrofosil tanda wujud kehidupan 4.1 bilion tahun lalu

SYDNEY, 20 Okt – Mikrofosil ditemui di Barat Australia telah wujud 4.1 bilion tahun, melanjutkan tempoh di mana organisma hidup wujud di Bumi sebanyak 300 juta tahun, menurut satu kajian yang disiarkan hari ini.

Ahli sains yang mengkaji batu dari Jack Hills, 800 kilometer dari utara Perth, melaporkan penemuan mikrofosil dalam bintik grafit, terperangkap dalam hablur zirkon.

Bahan dalam grafit adalah kaya dengan isotop karbon yang biasanya dikaitkan dengan benda hidup, sekaligus mencadangkan kehidupan wujud dengan agak cepat selepas Bumi terbentuk daripada debu dan gas 4.6 bilion tahun lalu.

Ahli sains yang dipimpin oleh Mark Harrison daripada Universiti California di Los Angeles berkata zirkon yang membalut grafit melindunginya daripada pencemaran berbilion-bilion tahun lamanya.

Harrison berkata “tanda-tanda isotop mungkin merupakan bukti asal-usul kehidupan di Bumi sebanyak 4.1 Ga. (berbilion-bilion tahun lalu)”.

“Kajian ini melanjutkan rekod isotop karbon kira-kira 300 juta tahun melebihi sampel paling lama yang diukur sebelumnya dari barat daya Greenland,” tulis Harrison dan rakan sekerjanya.

Penyelidikan mereka disiarkan dalam jurnal Prosiding Akademi Sains Nasional. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA