Milan berdepan tugas getir

Milan berdepan tugas getir

MILAN, 20 Mei (AFP) – Ketidakpastian mengenai masa depan AC Milan ketika gergasi Itali itu terus dilihat berusaha untuk menghindarkan keaiban tanpa persaingan Eropah apabila bersaing merebut Piala Itali dari Juventus esok.

“Ia kejayaan besar pasukan dan melengkapkan kemasukan secara langsung dalam Liga Europa,” pemilik kelab dan presiden, Silvio Berlusconi memberitahu pemain di padang latihan mereka awal minggu ini.

Milan, juara tujuh kali Eropah, sekarang dibayangi masa suram kelab yang telah menghadiahkan Berlusconi tidak kurang daripada lima gelaran Liga Juara-Juara antara 1989 dan 2007.

Sekarang kekecewaan semakin meningkat dalam penurunan perlahan Milan, Berlusconi berhasrat untuk menjual kelab dan baru-baru ini menandatangani rundingan eksklusif untuk hak bersama konsortium dari China.

Potensi pemilik baru, sama seperti Berlusconi, akan memberikan tumpuan kepada persaingan akhir di Stadio Olimpico Rom, di mana juara liga, Juventus akan menjadi kelab Itali pertama memenangi liga berturut-turut dan Piala dua kali.

Pemenang akan mendapatkan kemasukan secara langsung ke Liga Europa, yang bermakna jika Juventus memenangi tempat kelayakan divisyen Eropah, persaingan itu akan menjadi milik pasukan tangga keenam Serie A.

Pada hari terakhir musim ini, Milan tewas 3-1 di laman sendiri kepada Roma, sementara Sassuolo mengejutkan Inter Milan 3-1 yang beraksi dengan 10 pemain untuk selesai empat mata di depan Rossoneri di tangga keenam.

Tidak mengejutkan, pegawai kota telah menyediakan skrin besar di bandar Tuscan untuk ribuan penyokong menyaksikan kemungkinan dan kemasukan bersejarah mereka ke persaingan bola sepak Eropah.

Walaupun musim ini tanpa keuntungan lumayan daripada Liga Juara-Juara, kegagalan Milan untuk layak ke persaingan kelab Eropah akan meletakkan keaiban besar ke atas reputasi mereka.

ARTIKEL YANG SAMA