Milan cuba halang Roma

Milan cuba halang Roma

ROME, 8 Mei (AFP) – AC Milan yang berada dalam ketidakpastian dan jurulatih Filipo Inzaghi tidak mungkin akan terselamat sehingga musim depan, boleh mendapatkan peluang Liga Juara-Juara apabila menghadapi Roma Sabtu ini.

Juara Serie A 18 kali dan pemenang Piala Eropah dalam tujuh perlawanan itu berada di pertengahan senarai dengan hanya mengutip 43 mata – 36 mata di belakang Juventus yang melengkapkan gelaran hujung minggu lalu.

Mereka melangkah ke dalam pertemuan menentang Roma di tangga kedua dengan tiga kekalahan berturut–turut dan tanpa kemenangan dalam lima perlawanan.

Lebih buruk lagi mereka akan beraksi tanpa penjaring terbanyak Jeremy Menez yang mengalami kecederaan dan pertahanan Mattia De Sciglio yang dilayangkan kad merah selepas hanya beraksi 50 saat dalam pertemuan pasukannya menentang Napoli Ahad lalu – penyingkiran terpantas dalam Serie A musim ini.

Akibatnya, Milan tewas 3-0 kepada pasukan separuh akhir Liga Europa. Biarpun berdepan masalah, bekas pertahanan Roma, Philippe Mexes percaya satu–satunya cara adalah bagi gergasi San Siro itu bangkit adalah memberikan tumpuan untuk musim seterusnya.

“Kami tidak dapat melakukan banyak. Kami perlu terus kekal. Kami tahu peminat tidak begitu gembira dan terserah kepada kami untuk kembali ke dalam pasukan kami,” kata Mexes yang sudah tujuh tahun bersama Roma kepada rangkaian TV kelab itu.

“Mereka berjuang merebut tangga kedua. Kami adalah pasukan padu dan mempunyai jurulatih yang bagus. Selepas sedikit kesukaran, mereka melakukan dengan baik sekali lagi dengan dua kemenangan berturut–turut.”

Rudi Garcia yang membimbing Roma perlu selesai di tangga kedua untuk memastikan kemasukan ke peringkat kumpulan Liga Juara–Juara. Buat masa ini, mereka satu mata di depan Lazio yang akan melayan Inter Milan Ahad ini.