Milan terdesak

Milan terdesak

STOCKHOLM, 3 Sept (AFP) – Zlatan Ibrahimovic semalam mendakwa bahawa ejennya baru-baru ini didatangi oleh AC Milan untuk berunding mengenai kepulangan ke San Siro, tetapi dia tidak berminat untuk meninggalkan Paris Saint-Germain.

“Ada juga beberapa kelab lain berminat. Tetapi ejen saya Mino (Raiola) yang akan meneliti semua itu. Anda perlu bertanya kepadanya,” kata pemain dari Sweden berusia 33 tahun itu pada sidang akhbar berhampiran Stockholm, di mana dia menggalas tugas antarabangsa.

“Jika saya mahu sesuatu berlaku, saya akan terlibat. Saya lebih suka untuk berehat, menikmati cuti saya dan menjaga keluarga saya, tetapi saya tahu Milan agak terdesak.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, saya telah mengambilnya sebagai satu penghargaan kerana ada minat dengan saya.”

Zlatan Ibrahimovic (kanan) bersaing dengan pemain Monaco Elderson Echiejile dalam aksi L1 di stadium Louis II di Monaco, 30 Ogos lalu. – AFP
Zlatan Ibrahimovic (kanan) bersaing dengan pemain Monaco Elderson Echiejile dalam aksi L1 di stadium Louis II di Monaco, 30 Ogos lalu. – AFP

Ibrahimovic, yang bermain untuk Milan dari 2010 hingga 2012 dan memenangi gelaran Serie A pada musim pertamanya bersama kelab, menambah: “Ada alasan kukuh daripada mereka dan mereka benar-benar berminat dengan saya dari awal.

“Saya akan kekal di PSG dan saya gembira di sana. Kami mempunyai pasukan yang baik dan keluarga bahagia.”

Ibrahimovic dalam perlawanan akhir musim kontraknya di PSG. Ketika ditanya mengenai rancangan masa depannya, dia hanya menjawab: “Kita akan melihatnya.”

Ibrahimovic dan Sweden bersedia untuk bermain di Moscow, Rusia Sabtu ini untuk kelayakan Euro 2016 sebelum menjadi tuan rumah kepada Austria Selasa depan.

ARTIKEL YANG SAMA