Milan terus kejar peluang ke Liga Europa

Milan terus kejar peluang ke Liga Europa

MILAN, 8 Mei (AFP) – Penalti Carlos Bacca pada babak pertama memastikan kemenangan 1-0 AC Milan menentang Bologna dengan gergasi Serie A itu meneruskan peluang melayakkan diri ke Liga Europa musim depan.

Juara Eropah tujuh kali, Milan gagal memperoleh kejayaan pada beberapa musim lalu dan pemiliknya, Silvio Berlusconi berkata minggu lalu yang dia bersedia untuk menjual kelab itu kepada “pembeli yang betul, sebaik-baiknya dari Itali.”

Dalam masa sama, Milan bertarung untuk menewaskan Sassuolo bagi menamatkan saingan di kedudukan keenam yang bakal memberi mereka harapan untuk tempat ke Liga Europa jika juara, Juventus menewaskan Milan dalam final Piala Itali.

Aksi Carlos (dua kiri) menjaringkan bola ke dalam gawang ketika penalti menentang Bologna pada perlawanan di Stadium di Bologna, semalam. – AP
Aksi Carlos (dua kiri) menjaringkan bola ke dalam gawang ketika penalti menentang Bologna pada perlawanan di Stadium di Bologna, semalam. – AP

“Ia tidak mencukupi. Kami perlu bermain lebih bagus jika kami mahu menewaskan Juventus,” kata penyerang Colombia, Bacca kepada Sky Sport.

“Musim ini kami tidak konsisten. Kami bertarung untuk Liga Europa tetapi kami perlu tunggu dan lihat.”

Bologna sudah pun mengesahkan tiket ke liga bola sepak musim depan di bawah Roberto Donadoni, yang dibawa masuk pada Oktober lalu apabila prestasi kelab itu menjunam di bawah Delio Rossi.

Tetapi hasrat mereka untuk memenangi perlawanan terakhir di laman sendiri pada musim ini berkecai apabila pemain tengah Guinea, Amadou Diawara dilayangkan kad merah selepas hanya 12 minit perlawanan di Stadio Dall’Ara.

ARTIKEL YANG SAMA