Milik bawa Napoli ke persada liga

Milik bawa Napoli ke persada liga

MILAN, 18 Sept – Napoli mengungguli kedudukan liga Itali semalam selepas kemenangan 3-1 ke atas Bologna yang kebanyakannya jaringan menerusi pemain yang baru ditandatangani dari Poland, Arkadiusz Milik.

Peminat Napoli merasa gerun kehilangan pemain penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang berpindah ke Juventus pada musim panas selepas menjaringkan 36 gol musim lalu, tetapi masih lagi segar dari Ajax, Milik sudah bersemangat.

Pemain antarabangsa berusia 22 tahun itu sekarang menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan liga dan menjaringkan satu gol ketika Napoli bangkit dari belakang untuk menewaskan Dynamo Kiev dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu.

Napoli mengumpulkan 10 mata dari empat perlawanan sementara Juventus, yang sekarang dikuatkan Higuain berada dalam serangan, dengan sembilan perjalanan ke Inter Milan hari ini dan pasukan tangga ketiga, Roma mengutip tujuh mata menjelang persaingan mereka di Fiorentina.

Bintang baru menaik, Arkadiusz Milik yang membantu Napoli mengatasi Bologna. - AP
Bintang baru menaik, Arkadiusz Milik yang membantu Napoli mengatasi Bologna. – AP

Pemain penyerang Napoli dari Sepanyol, Jose Maria Callejon membuka jaringan pada minit ke 14 yang mengumpukan jumlah jaringannya kepada lima gol setakat ini, tetapi Bologna menyamakan kedudukan dengan sepakan tinggi Simone Verdi pada minit ke-56.

Jaringan pertama Milik juga memberikan Napoli pendahuluan 2-1 pada minit ke-67 sebelum ledakan kaki kirinya pada minit ke-78 melengkapkan kemenangan 3-1 dan menghantar pasukannya di atas.

Lazio membenam Pescara 3-0 untuk berada di tangga keempat dengan tujuh mata dengan jaringan menerusi Sergej Milinkovic-Savic dengan tandukan kencang minit ke 67, Stefan Radu kemudian menjaringkan gol menerusi tandukan dan akhirnya Ciro Immobile menyudahkan jaringan 14 minit sebelum tamat.

Pemain penyerang AC Milan, Carlos Bacca diturunkan dari bangku simpanan untuk mendapatkan tiga mata penuh dengan rembatan lewat dalam kemenangan 1-0 di Sampdoria pada Jumaat lalu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA