Miliki 45 karton rokok

Miliki 45 karton rokok

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Gara-gara memiliki 45 karton rokok untuk dijual kepada orang ramai, seorang wanita tempatan dijatuhi denda $1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Armah binti Haji Jambol berusia 65 tahun didakwa memiliki karton rokok tersebut di kediamannya di Perpindahan Rakyat Jati Tungku ketika serbuan dijalankan oleh pegawai pencegah kastam pada 22 September 2015 kira-kira jam 3:02 petang. Rokok-rokok itu ditemui di belakang kerusi, atas katil dan di bawah katil.

pg06_151014_mahkamah logo2

Defendan dalam kertas pertuduhan memberitahu dia membeli rokok-rokok itu daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya pada harga $10 sekarton.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh enam bulan kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar.

ARTIKEL YANG SAMA