Miliki 98 karton rokok yang tidak diisytiharkan

Miliki 98 karton rokok yang tidak diisytiharkan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160727_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki sejumlah karton rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam, pada 2015.

Hasman bin Hassan, 27, didakwa memiliki 98 karton rokok dalam keretanya ketika ditahan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 7 Julai 2015 sekitar jam 4:45 petang.

Dia mendakwa, rokok-rokok itu bukan miliknya dan hanya membawanya masuk ke negara ini untuk seseorang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 146(1) (i) yang sama iaitu untuk pesalah pertama, denda tidak kurang daripada enam kali jumlah duti eksais atau $40,000 (mana-mana jumlah yang lebih rendah), dan tidak melebihi daripada 20 kali jumlah duti eksais atau $40,000 (mana-mana jumlah yang lebih tinggi), dan untuk pesalah kedua atau seterusnya, denda atau pemenjaraan untuk tempoh tidak melebihi dari dua tahun atau kedua-duanya.

Jika jumlah duti eksais itu tidak dapat ditentukan, hukuman denda tidak melebihi $40,000.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 9 Ogos untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA