Miliki dadah, lelaki tempatan kena $1,000

Miliki dadah, lelaki tempatan kena $1,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $1,000 ke atas seorang lelaki tempatan atas pertuduhan memiliki dadah, pada 2012.

Armie @ Ray bin Abdullah mengaku bersalah memiliki 1.1197 gram methylamphetamine di Masjid Kampung Bolkiah ‘A’ pada 19 Jun 2012.

pg06_160620_mahkamah logo2

Tertuduh diberkas oleh sepasukan pegawai narkotik yang membuat serbuan di mana mereka menemui dadah itu di lantai masjid, berdekatan tertuduh.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan tertuduh untuk membayar denda itu dalam tempoh tiga bulan atau berdepan penjara selama sebulan jika gagal membayar.

ARTIKEL YANG SAMA