Miliki, mengambil dadah

Miliki, mengambil dadah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Mahkamah Majistret menetapkan 14 Julai untuk menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan memiliki dan mengambil dadah. Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin menetapkan tarikh itu bagi Azri bin Hussin, 29, yang didakwa memiliki 0.3722 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 26 Julai 2011 di Kampung Perpindahan Rimba.

pg06_160714_mahkamah logo2

Dia juga menghadapi pertuduhan memiliki 1.468 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 12 Mac 2013 di loji kumbahan JKR, Mulaut. Dia turut berdepan kesalahan mengambil Methylamphetamine pada 20 dan 25 Mac 2014, dan 21 Februari 2015.

ARTIKEL YANG SAMA