Miliki rokok denda $2,580

Miliki rokok denda $2,580

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seorang lelaki Singapura membayar denda $2,580 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki rokok.

Neo Ghim Di atau Alen, 27, terlepas daripada dipenjarakan selama dua bulan atas dakwaan memiliki 10 karton rokok pada 6 Oktober 2015 kira-kira jam 11 malam.

Pegawai Pendakwa Kastam dalam kertas pertuduhannya menyebut, defendan yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Kampung Beribi ditahan ketika kereta yang dipandunya bersama seorang penumpang memasuki Pos Kawalan Kastam, Kuala Lurah.

Pemeriksaan ke atas kereta defendan menemui rokok-rokok itu disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang belakang. Ketika disoal siasat, defendan mengaku kesemua rokok yang dibelinya di Limbang pada harga $90 itu miliknya dan untuk kegunaannya.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan rokok-rokok yang telah dirampas itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

pg06_151012_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA