Miliki rokok, sayap ayam didenda $2,000

Miliki rokok, sayap ayam didenda $2,000

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160531_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Gara-gara memiliki rokok dan sayap ayam yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $2,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Muhammad bin Abdullah, 51, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain kerana memiliki lima karton rokok dan dua kilogram sayap ayam dalam keretanya, pada 25 Februari 2015 sekitar jam 10:15 pagi.

Dia ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah, yang kemudian membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas keretanya di mana mereka menemui rokok dan sayap ayam disembunyikan di beberapa bahagian dalam kereta.

Dia mengaku membeli kesemua barang itu untuk kegunaan sendiri.

Majistret Kanan setelah mendengar rayuan defendan memerintahkannya untuk membayar secara ansuran berjumlah $150 setiap bulan sehingga pembayaran selesai, dan jika gagal akan berdepan empat bulan penjara.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah, duti eksais untuk kesemua rokok ialah $220 manakala nilai dua kilogram sayap ayam di pasaran negara ini ialah $70, dan turut memohon untuk kesemua barang rampasan itu diserahkan kepada kerajaan untuk dimusnahkan.

ARTIKEL YANG SAMA