Miliki rokok seludup, denda $8,000

Miliki rokok seludup, denda $8,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk membayar denda $8,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki rokok yang tidak dikenakan cukai.

pg06_151005_mahkamah logo2

Suany bin Burut didakwa memiliki 132 paket rokok dalam keretanya apabila ditahan oleh sepasukan pegawai kastam di kawasan Panggung Bolkiah pada 12 September 2015.

Kegagalan membayar denda akan menyebabkan defendan terpaksa meringkuk di penjara selama lapan bulan.

ARTIKEL YANG SAMA