Miliki rokok seludup, kena $7,500

Miliki rokok seludup, kena $7,500

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Gara-gara memiliki rokok seludup, seorang lelaki tempatan menerima hukman denda $7,500 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli juga memerintahkan Sabtu bin Haji Kula, 59, untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan jika gagal membayar denda itu.

Fakta kes menyebut, tertuduh dari STKRJ Kampung Sungai Buloh didapati memiliki 10 karton dan 104 paket rokok pelbagai jenama ketika serbuan dilakukan oleh pegawai pencegah kastam pada 7 Januari 2013 sekitar jam 4:29 petang di kediamannya.

Ketika disoal-siasat, tertuduh mengaku rokok-rokok itu adalah miliknya yang dibelinya di Miri dan Limbang untuk tujuan dijual di sini.

ARTIKEL YANG SAMA