Miliki rokok seludup, tidak isytihar deklarasi

Miliki rokok seludup, tidak isytihar deklarasi

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $8,080 selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan memiliki rokok seludup, di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohammad Hazarul Hafiz bin Zafreh, 21, didakwa memiliki 21 karton rokok di kawasan tempat letak kereta LKH Sdn Bhd di Perindustrian Beribi pada 6 Januari 2015 kira-kira jam 5:08 petang.

Majistret Dayang Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memberi tempoh enam bulan kepada tertuduh untuk membayar denda atau berdepan lima bulan penjara.

Tertuduh mengaku membeli rokok-rokok itu daripada seorang wanita bernama ‘Aunty’ pada harga $11, $13 dan $35 untuk bagi pelbagai jenama.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki India juga dikenakan denda $2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda atas kesalahan gagal mengisytiharkan borang deklarasi pengeksportan semula barang-barang yang tidak dikenakan cukai.

Kulothun Ganesan, 33, yang juga Pengurus Varsini Metal Sdn Bhd didakwa gagal untuk mengisytiharkan 12 guni besar dan 167 bateri terpakai (19,920 kilogram) di Terminal Kontena Muara pada 21 Ogos 2014, sekitar 9:30 pagi.

Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku bahawa barang-barang yang dirampas itu adalah milik syarikatnya untuk dieksport ke Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA