Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Miliki rokok seludup, 2 warga Indonesia didenda $5,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mahkamah Majistret, di sini, Khamis lalu, telah memerintahkan dua orang lelaki warga Indonesia untuk membayar denda sebanyak $5,000 setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Edo Slamet, 30, dan Ari Andriansyah, 26, perlu menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mendengarkan daripada pihak pendakwa kastam bahawa kedua-dua mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Katok, Jalan Tungku pada pukul 6:13 petang 9 Mei lalu.

    Pegawai pencegahan kastam mendapati setiap defendan telah menyimpan satu karton, tiga peket dan 13 batang rokok seludup.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...