Miliki rokok tanpa pengisytiharan

Miliki rokok tanpa pengisytiharan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151008_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Gara-gara memiliki rokok yang tidak diisytiharkan, seorang wanita tempatan dikenakan denda $4,700 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Siah binti Haji Masri, 53, berdepan pertuduhan memiliki sembilan karton dan 37 paket rokok di rumah teresnya di Perpindahan Kampung Mentiri pada 19 Januari 2013 sekitar jam 3:20 petang.

Defendan memohon kepada mahkamah agar dapat membayar denda secara ansuran yang mana Pemangku Majistret Kanan, Dayang Azrimah binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar $150 pada hujung bulan ini dan $130 untuk bulan-bulan seterusnya sehingga habis dan jika gagal membayar akan berdepan empat bulan penjara.

Kertas pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam membuat serbuan ke rumah defendan sebaik menerima maklumat berhubung dengan adanya penjualan rokok.

Pemeriksaan yang dijalankan menemui rokok-rokok itu disimpan dalam dua beg kitar semula.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu daripada seorang yang tidak dikenalinya, untuk dirinya dan juga untuk dijual.

Pemangku Majistret Kanan turut memerintahkan kesemua rokok yang dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA