Miliki rokok tanpa pengisytiharan

Miliki rokok tanpa pengisytiharan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151001_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan denda $1,500 ke atas seorang lelaki tempatan bagi kesalahan tidak membayar cukai berjumlah $196 bagi rokok yang dimilikinya.

Wan Abdul Hadi As-Sabur bin Haji Mayalin, 28, didakwa memiliki tiga karton dan 19 paket rokok yang disembunyikan pada beberapa bahagian kereta yang dipandunya dari Limbang apabila ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas pada 19 April 2014 kira-kira jam 4:25 petang.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Awang Badaruddin memberi tempoh sehingga 30 Disember 2015 kepada defendan untuk membayar denda atau berdepan dua bulan penjara jika gagal membayarnya.

Dalam bilik mahkamah yang sama, seorang lelaki Malaysia turut dikenakan denda $1,500 kerana gagal untuk mengisytiharkan borang bagi barang yang dikenakan dan tidak dikenakan cukai.

Kalong bin Gapor, 52, didakwa gagal untuk mengisytiharkan 37 unit pencetak modal Brother; 10 kotak kertas foto Maxprint; 20 botol kimia; dua gulung kertas coklat; enam set pam minyak Hand Rotaru; tujuh keping v-Belt Bando; 36 keping Pulley dan 11 paparan berdiri di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 6 Ogos 2015.

Majistret Kanan memerintahkan defendan untuk membayar denda dalam tempoh seminggu atau berdepan dua bulan penjara jika gagal membayar.

ARTIKEL YANG SAMA