Miliki rokok tanpa permit

Miliki rokok tanpa permit

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151026_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Kerana memiliki rokok tanpa permit, seorang wanita Indonesia dijatuhi hukuman denda $1,800 oleh Mahkamah Majistret, semalam, dan kegagalan membayar denda akan menyebabkannya meringkuk di penjara selama dua bulan.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memutuskan hukuman itu ke atas Nurhayatun berusia 42 tahun selepas dia mengaku bersalah.

Defendan didapati memiliki 48 paket rokok itu di pondok nasi katok RPN Bukit Beruang, Tutong, ketika serbuan dilakukan oleh pegawai pencegah kastam pada 17 Oktober sekitar jam 3:31 petang.

Kertas pertuduhan menyebut, defendan yang ketika itu berjual di pondok berkenaan pada awalnya menafikan dakwaan yang dia menjual rokok kepada orang ramai namun pemeriksaan telah menemui paket rokok itu disimpan dalam beg plastik yang digantung pada tingkap pondok.

Defendan mengaku menjual rokok itu kepada orang ramai pada harga $1 ke $2 untuk satu paket.

ARTIKEL YANG SAMA