Miliki telefon bimbit tanpa pengisytiharan

Miliki telefon bimbit tanpa pengisytiharan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Seorang wanita warga Malaysia membayar denda $3,200 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret, semalam, selepas mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang tidak diisytiharkan.

Lai Yee Ling, 40, mengaku bersalah di hadapan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.

Kertas pertuduhan menyebut, pegawai pencegah kastam dan pegawai dari AiTi pada 4 Disember 2014 telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kedai di Pusat Membeli-belah Times Square dan menemui 39 set telefon bimbit pelbagai jenama yang tidak diisytiharkan.

Ketika disoal siasat, defendan mengaku bahawa telefon bimbit itu milik syarikatnya, di sini, yang dibelinya di Miri pada harga RM$20,000.

Majistret memerintahkan telefon bimbit yang telah dirampas itu diserahkan kepada kerajaan.

pg06_151012_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA