Militan Filipina tinggal bom berhampiran kedutaan ditangkap

Militan Filipina tinggal bom berhampiran kedutaan ditangkap

MANILA, Filipina, 1 Dis – Para pegawai polis Filipina telah menangkap dua pensimpati kumpulan Islamic State (IS) yang dipercayai cuba untuk meletupkan bom berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat dan mencetuskan pihak berkuasa untuk meningkatkan amaran keganasan.

Ketua polis negara, ketua pengarah Ronald de la Rosa berkata hari ini dua militan, yang ditangkap berasingan pada Rabu, pada awalnya dikehendaki namun gagal untuk meletupkan bom buatan sendiri di Taman Rizal tepi laut Manila, sasaran awal mereka.

Bom itu, yang direka untuk diletupkan menggunakan alat kawalan menerusi telefon, juga gagal untuk meletup berhampiran kedutaan pada 28 November di kawasan diplomatik dan pelancongan Manila.

Polis menunjukkan suspek yang bergari semasa sidang berita, di mana mereka juga mengumumkan amaran keganasan, yang bermaksud lebih banyak pemeriksaan keselamatan di jalan raya akan diadakan, dan kemungkinan lebih banyak serbuan ke atas tempat persembunyian militan yang disyaki.

Jiaher Guinar (tengah, kiri) dan Rashid Kilala, ketika mereka ditunjukkan kepada para wartawan di ibu pejabat polis di bandar Quezon, utara Manila, Filipina pada 1 Disember. – AP
Jiaher Guinar (tengah, kiri) dan Rashid Kilala, ketika mereka ditunjukkan kepada para wartawan di ibu pejabat polis di bandar Quezon, utara Manila, Filipina pada 1 Disember. – AP

“Jangan bimbang namun perlu berjaga-jaga,” kata dela Rosa.

Militan itu, Rashid Kilala dan Jiaher Guinar, tergolong dalam kumpulan militan kecil dipanggil Ansar Al-khilafa Filipina.

Selepas gagal untuk meletupkan bom itu, yang diperbuat daripada peluru mortar 81mm, kedua-duanya memutuskan untuk meninggalkan bahan letupan itu dalam tong sampah berhampiran Kedutaan AS namun sekali lagi gagal untuk meletupkannya. – AP