Militan miliki dron bersenjata

Militan miliki dron bersenjata

WASHINGTON, 12 Okt – Kumpulan militan seperti Hizbullah dan Islamic State (IS) telah belajar bagaimana untuk mempersenjatai dron pemantauan dan menggunakannya untuk menentang antara satu sama lain, menambah lingkaran baru kepada perang saudara Syria, kata pegawai tentera AS dan lainnya.

Satu video milik cabang Al-Qaeda, Jund al-Aqsa, telah menunjukkan sebuah dron mendarat di berek tentera Syria. Dalam video lain, bahan letupan kecil digugurkan oleh kumpulan militan Syiah, Hizbullah yang disokong Iran telah menyasarkan kumpulan militan ahli Sunah, Jabhat Fatah al-Sham, yang dulunya dikenali sebagai Nusra Front.

Seorang pegawai tentera AS, yang bercakap tanpa menyatakan dirinya kerana dia tidak dibenarkan untuk membincangkan hal tersebut secara umum, berkata pihak tentera AS menyedari perkembangan itu.

Para komando telah memberi amaran kepada tentera untuk berlindung jika mereka melihat apa yang mungkin sebelumnya ditangkis atau dinafikan sebagai dron pemantauan, katanya.

Ketua projek Airwars, yang mengesan perang udara antarabangsa di Iraq, Syria dan Libya, berkata dron dipersenjatai itu kelihatan kekok namun akan menakutkan orang ramai.

“Terdapat berjuta-juta cara anda boleh mempersenjatai dron – menembak roket, menyebat benda dan menghapuskannya,” kata Chris Woods. Tambahnya lagi, “Ia adalah alat yang semua orang takutkan selama bertahun-tahun, dan kini ia menjadi realiti.”

Pegawai tentera AS tidak dapat mengesahkan video tersebut, menambah kebanyakan insiden itu yang mereka tahu melibatkan dron bersenjata yang mudahnya memusnahkan sasaran mereka. Namun bekas pegawai tentera kanan AS yang menyaksikan video itu berkata, tidak ada yang mengatakan ia adalah palsu.

Beberapa kumpulan militan di Timur Tengah, termasuk kumpulan IS, Jund al-Aqsa dan Jabhat Fatah al-Sham, serta Hizbullah dan Hamas, semuanya telah menyiarkan video menunjukkan yang mereka memiliki dron pemantauan dan perisikan.

Pemberontak antikerajaan Syria dan militia yang setia kepada Presiden Bashar Assad juga menerbangkan pesawat kecil hexacopter dan quad seawal 2014 untuk mengintip antara satu sama lain.

Dron pemantauan itu membenarkan kumpulan berkenaan untuk mengumpulkan data ke atas pangkalan musuh, kedudukan medan perang dan gudang senjata dan meningkatkan sasaran. – AP