Militan Palestin terbunuh dalam terowong runtuh Gaza

Militan Palestin terbunuh dalam terowong runtuh Gaza

BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 19 Julai – Seorang militan Palestin terkorban selepas terowong runtuh di Semenanjung Gaza, umum kumpulan Islamic Jihad, dalam siri terbaru insiden seumpamanya.

Salah al-Astal, 28, dari Khan Yunis di selatan Gaza, meninggal dunia semasa sedang bekerja di terowong itu, umum sayap tentera pergerakan Islamis, Al-Quds Brigades, dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurutnya, dia telah meninggal dunia semasa ‘ketahanan terowong itu runtuh’, satu terma yang digunakan oleh Islamic Jihad, Hamas dan puak militan Palestin lain yang merujuk kepada terowong yang digunakan dalam konflik dengan Israel.

Ia adalah korban jiwa kedua dalam masa 10 hari, selepas anggota Islamic Jihad lain meninggal dunia dalam keadaan serupa pada 10 Julai,

Israel menuduh militan-militan di Gaza membina semula terowong yang boleh digunakan untuk menyerangnya, dengan tiga perang telah berlaku antara mereka sejak 2008.

Seorang jurucakap bagi Briged Al-Quds memberitahu AFP hari ini mereka akan terus menumpukan pada pembinaan terowong kerana ia membolehkan mereka untuk ‘mencederakan musuh’. – AFP