Militan rampas dana kebajikan

Militan rampas dana kebajikan

NUSA DUA, Indonesia, 10 Ogos – Pertubuhan amal yang menghantar bantuan kewangan ke tempat-tempat bermasalah kadangkala dana itu telah ‘dirampas’ oleh kumpulan militan untuk digunakan bagi melakukan serangan, satu mesyuarat pencegah keganasan antarabangsa memberi amaran hari ini.

Satu laporan daripada pihak berkuasa Indonesia dan Australia memperincikan risiko yang dihadapi oleh persatuan bukan untung. Ia juga menggesa negara-negara di rantau itu untuk bekerjasama rapat bagi menghentikan aliran dana daripada militan, terutamanya daripada kumpulan Islamic State (IS).

“Perkara ini sering terjadi ke atas persatuan sah yang menghantar wang ke tempat-tempat bermasalah di seluruh dunia untuk membantu orang awam yang menderita,” kata ketua agensi perisikan kewangan Australia, Paul Jevtovic, memberitahu mesyuarat di pulau peranginan Bali, Indonesia.

“Malangnya perisikan memberitahu kami bahawa beberapa dana-dana ini tidak sampai kepada destinasi yang dituju dan sebenarnya telah dirampas oleh kumpulan pengganas dan menggunakannya bagi propaganda dan/atau sebenarnya melakukan kegiatan keganasan.”

“Sifat tidak berprinsip’ sel pengganas itu bermaksud bahawa mereka akan memintas dana yang dihasratkan untuk orang yang memerlukan dan bagi hospital-hospital, tambahnya, tanpa menamakan kumpulan tertentu.

Menteri Koordinasi bagi Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik Indonesia bercakap kepada jurnalis semasa sidang akhbar mengenai pencegahan pengganasan di Nusa Dua di pulau peranginan Bali, Indonesia pada 10 Ogos. – AFP
Menteri Koordinasi bagi Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik Indonesia bercakap kepada jurnalis semasa sidang akhbar mengenai pencegahan pengganasan di Nusa Dua di pulau peranginan Bali, Indonesia pada 10 Ogos. – AFP

Bagaimanapun Jevtovic menekankan bahawa organisasi tidak untung itu mempunyai ‘peranan penting’ untuk membantu orang awam di kawasan yang dilanda perang, dan dia tidak berniat untuk ‘mengecam kepentingan badan-badan kebajikan’ itu.

Amaran itu muncul selepas sebuah mahkamah Israel minggu lepas mendakwa pengarah persatuan bukan kerajaan World Vision Gaza dengan menyerahkan jutaan dolar kepada pergerakan Islam Hamas, Palestin dan sayap bersenjatanya.

Persatuan bantuan Kristian berpangkalan di AS telah mengatakan ia ‘tidak mempunyai sebab untuk percaya’ pertuduhan itu ke atas Mohammed al-Halabi.

Laporan ke atas pembiayaan keganasan di Asia Tenggara dan Australia mengatakan dua kes di Australia dari pertengahan 2000 telah melibatkan badan kebajikan yang mengumpul hampir Aus$1 juta (AS$750,000) yang dihantar ke kumpulan pengganas luar negeri bagi pembiayaan organisasi.

Di Thailand beberapa kumpulan bukan untung telah menghantar wang itu untuk membiayai propaganda di selatan yang dilanda pemberontakan, tempat pemberontak Islam mencari autonomi lebih besar yang melancarkan kempen ke atas negeri majoritinya penganut Buddha itu, menurut laporan berkenaan.

Laporan itu, yang disatukan dengan kerjasama dari negara-negara Asia Tenggara, juga menggesa negara-negara di rantau itu untuk mencegah wang aliran masuk ke rantau itu yang digunakan untuk membiayai serangan pengganas. Ia juga mengatakan wang daripada serangan maut di Jakarta telah dilaporkan datangnya dari pejuang IS di Timur Tengah. Mesyuarat pencegah keganasan dua hari itu dihoskan bersama oleh Australia dan Indonesia bermula hari ini dan dihadiri oleh menteri-menteri dari lebih 20 buah negara. – AFP