Militan rampas senjata polis di Kashmir

Militan rampas senjata polis di Kashmir

SRINAGAR, Kashmir yang di bawah penguasaan India, 10 Okt – Militan-militan yang disyaki menyerbu pos kawalan polis yang mengawal anggota-anggota masyarakat minoriti Hindu di bahagian Kashmir yang bertikai, yang dikuasai India dan merampas dua raifal milik para anggota polis yang ditugaskan di situ, menurut polis semalam.

Militan-militan telah menyerang pos kawalan polis di Tumlahaal, kampung Lassipora, di daerah Pulwama, kira-kira 43 kilometer selatan bandar Srinagar, bandar panas Kashmir yang dikuasai India.

“Petang lalu militan-militan telah menyerang sebuah pos kawalan polis di kampung Tumlahaal, berjaya mengatasi para anggota polis dan membawa lari dua senjata raifal,” menurut seorang pegawai polis yang ditugaskan di Pulwama. “Pos kawalan polis di kampung itu bertujuan mengawal anggota masyarakat minoriti,” bagaimanapun anggota polis itu tidak dicederakan. Tidak lama selepas kejadian itu, para pegawai tertinggi, kontinjen-kontinjen polis dan askar paramilitari dikejarkan ke tempat itu untuk melancarkan pemburuan yang bertujuan mendapatkan semula senjata yang dirampas. Pihak polis telah memulakan penyiasatan ke atas perkara itu.

Petang Jumaat lalu, seorang anggota polis terbunuh dan dua orang lagi termasuklah seorang awam tercedera selepas militan-militan menyerang sebuah pos kawalan polis yang mengawal masyarakat minoriti di Shopian, daerah berhampiran. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA