Milkcow kini di Brunei

Milkcow kini di Brunei

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Milkcow Brunei, yang merupakan francais kafe ais krim dari Korea Selatan, telah dibuka rasmi dalam majlis besar-besaran di Tingkat Bawah, Kompleks Membeli-belah Times Square, Berakas, hari ini.

Sempena pembukaan rasmi ini, 200 orang pelanggan pertama menerima ais krim percuma, yang mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada orang ramai yang dapat dilihat dengan barisan panjang di hadapan kafe tersebut.

Milkcow Brunei merupakan francais Milkcow Korea yang terkenal dengan ais krim yang kaya dengan susu organik dan rasanya yang unik dengan kelembutannya.

Menurut Pengurus Besar Milkcow, Matthew Kim yang berasal dari Korea, bermula pada dua setengah tahun yang lalu, pada 2013, kini sebanyak 30 buah kedai Milkcow telah berjaya dibuka di 12 buah negara di luar Korea iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Australia, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Kemboja, Indonesia, dan juga Brunei, serta berhasrat untuk membuka lebih banyak cawangannya di Brunei pada masa akan datang.

Antara pilihan aiskrim yang ada di Milkcow.
Antara pilihan aiskrim yang ada di Milkcow.
Pelanggan kedai Milkcow ketika menunggu giliran untuk mendapatkan ais krim percuma dari premis itu.
Pelanggan kedai Milkcow ketika menunggu giliran untuk mendapatkan ais krim percuma dari premis itu.

Beliau juga menyatakan bahawa sasaran mereka adalah untuk membuka sebanyak 100 buah kedai di seluruh dunia dalam masa satu ke dua tahun yang akan datang.

Selain aiskrim, Milkcow juga menghidangkan kopi dan smoothie sebagai hidangan minuman mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungilah kedai ais krim Milkcow Brunei di Kompleks Membeli-belah Times Square.

ARTIKEL YANG SAMA