Miller kejutkan Felix

Miller kejutkan Felix

RIO DE JANEIRO, 16 Ogos – Shaunae Miller dari Bahamas melakar kejutan selepas mengatasi juara dunia, Allyson Felix untuk menyambar pingat emas Olimpik dalam acara 400 meter, semalam.

Miller meraih kemenangan selepas kepalanya terlebih dulu melepasi garisan penamat untuk mengenepikan bintang Amerika Syarikat, Felix dalam masa 49.44s.

Felix meraih pingat perak dengan catatan 49.51s ma-nakala Shericka Jackson dari Jamaica yang melakukan 29.85s memenangi gangsa.

Pemain berusia 22 tahun itu mengaku dia tidak mempunyai idea jika dia telah mengalahkan bintang dari Amerika Syarikat, Allyson Felix selepas terbongkang di landasan Rio – sehinggalah dia mendengar jeritan ibunya.

pg23_160817_olympic logo

Shaunae Miller jatuh di garisan penamat bagi memenangi pingat emas di hadapan Allyson Felix (kanan), dalam perlawanan akhir 400 meter wanita semasa di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
Shaunae Miller jatuh di garisan penamat bagi memenangi pingat emas di hadapan Allyson Felix (kanan), dalam perlawanan akhir 400 meter wanita semasa di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Stadium Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil. – AP

“Saya masih tidak tahu apa yang berlaku,” kata Miller, yang telah diisytiharkan pemenang semala dalam perlawanan akhir selepas penantian yang menyeksakan bagi keputusan rasmi untuk berkelip pada papan mata.

“Apabila saya berada di atas tanah, saya tidak tahu jika saya menang atau tidak sehingga saya mendengar ibu saya menjerit. Apabila saya mendengar jeritan dia, saya tahu saya telah memenangi perlumbaan.”

“Saya tidak melihat pesaing saya sehingga 20 meter terakhir,” kata Miller, pemenang pingat perak di belakang Felix pada kejohanan dunia tahun lepas.

“Satu-satunya perkara yang melalui fikiran saya bahawa saya terpaksa mendapatkan pingat emas. Ia adalah satu perasaan yang luar biasa untuk dilihat dan melihat di papan mata itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA