Miller tawan MotoGP Assen

Miller tawan MotoGP Assen

ASSEN, Belanda, 27 Jun (AFP) – Penunggang motosikal di luar ranking Jack Miller memenangi perlumbaan MotoGP Assen yang dibelenggu hujan hari ini yang membuatkan pemenang tempat kedua Marc marquez mengukuhkan kedudukannya di persada kejohanan selepas pesaing terdekatnya Valentino Rossi jatuh.

Jack Miller penunggang berusia 21 tahun dari Australia itu menyifatkan kejayaan sensasinya di Litar Assen yang berlangsung dalam keadaan hujan, semalam sebagai jawapan yang sempurna terhadap pengkritiknya.

Pelumba muda kelahiran Australia itu yang melangkau kelas daripada Moto3 ke MotoGP musim lalu menampilkan prestasi boleh dibanggakan untuk memenangi perlumbaan yang dimulakan sekali lagi itu akibat hujan dengan mengatasi jaguh dunia, Marc Marquez.

Kejayaan pelumba pasukan Marc VDS Honda itu menjadikannya pelumba dari pasukan satelit pertama menjuarai perlumbaan di kelas elit MotoGP sejak Toni Elias melakukannya di Portugal pada 2006.

Jack Miller ketika menjulang trofi kejohanan MotoGP Assen. - AP
Jack Miller ketika menjulang trofi kejohanan MotoGP Assen. – AP

“Tiga pusingan terakhir akan menggerunkan dan saya hanya cuba untuk melakukan catatan 1 minit 50 saat sepusingan,” kata Miller yang memintas Marquez pada pusingan keempat perlumbaan selepas legenda Itali, Valentino Rossi terjatuh.

“Saya tidak tahu jika ia mengubah musim saya namun ia mengubah hari minggu saya dan ia sesuatu yang hebat buat saya untuk memenanginya dan kami semua tahu ia adalah realiti.