Milner akan beraksi di Liverpool

Milner akan beraksi di Liverpool

LONDON, 5 Jun (Reuters) – Liverpool mula langkah dalam proses pasaran tukaran pemain selepas musim yang tidak memberangsangkan, mengumumkan pada hari Khamis bahawa pemain tengah Manchester City, James Milner akan menyertai mereka.

Pemain berusia 29 tahun yang telah beraksi bersama pasukan England sebanyak 59 kali itu telah menamatkan kontraknya di City dan akan menyertai Liverpool untuk pertukaran percuma pada 1 Julai, kelab Liga Perdana itu memberitahu di lamannya.

Pengambilan pemain yang amat bekerja keras yang telah memenangi Liga Perdana bersama pasukan City dalam tempoh lima tahun sejak menyertai Aston Villa, merupakan satu langkah bagus buat Liverpool, ia juga membawa maksud City perlu merombak pasukan mereka di bahagian tengah.

Pasukan City berakhir lapan mata di belakang juara Liga Perdana Chelsea dan Manuel Pellegrini akan diberikan bajet yang cukup besar untuk membuat sebarang perubahan di musim panas ini, setelah dihadkan oleh peraturan UEFA Financial Fair Play (FFP) pada dua musim lepas.

Musim lalu pemain kesebelasan utama City secara puratanya berumur lingkungan 30 tahun, dengan pemain seperti Yaya Toure, Pablo Zabaleta, Martin Demichelis dan Fernandinho kesemuanya 30 tahun ke atas.

Milner, bagaimanapun masih mampu untuk berkhidmat dan boleh dikatakan antara pemain terbaik City musim lepas, jadi mendapatkan Milner adalah satu kelebihan kepada pengurus Brendan Rodgers yang akan berada dalam tekanan untuk menaikkan semula pasukan Liverpool di empat tangga teratas musim depan setelah berakhir di tangga keenam musim lalu.

ARTIKEL YANG SAMA