Mimpi buruk Schalke 04 berterusan

Mimpi buruk Schalke 04 berterusan

BERLIN, 26 Sept – Schalke 04 mengharungi kekalahan kelima berturut-turut selepas tunduk 2-1 di Hoffenheim, ketika salah satu daripada kelab gergasi Jerman terus mengharungi kempen permulaan yang buruk, awal pagi tadi.

Cologne dan RB Leipzig juga mengekalkan aksi tanpa kalah selepas terikat 1-1 pada perlawanan yang tertangguh 15 minit selepas penyokong tuan rumah mengadakan protes di jalanan bagi menghalang bas yang membawa pasukan pelawat ke stadium.

Schalke yang ketika ini menghuni tangga tercorot liga selepas gagal mengumpul sebarang mata berputih mata selepas kesilapan pemain tengah, Nabil Bentaleb memberi ruang buat gol kemenangan Lukas Rupp pada minit ke-40.

Gol kedua itu memberikan Hoffenheim tiga mata pertama selepas mencatat empat keputusan seri dalam empat perlawanan sebelum ini.

“Mereka banyak dibantu untuk menjadikan kedudukan 2-1 daripada ketinggalan 1-0,” kata jurulatih Schalke 04, Markus Weinzierl yang dilantik pada Jun lalu bagi menggantikan Andre Breitenreiter.

Breitenreiter meninggalkan kelab itu selepas mereka gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara musim lalu.

“Saya tidak tahu di mana masalah itu,” kata penjaga gol, Ralf Faehrmann.

“Kami berada dalam situasi di mana perkataannya ialah gagal bagi saya.

“Perkara tidak berjalan dengan sepatutnya di bahagian depan dan kami melakukan kesilapan paling mudah di belakang. Ia menjadi lebih sukar dan sukar setiap minggu.” – AFP