Mimpi jadi nyata buat Jorge Sampaoli

Mimpi jadi nyata buat Jorge Sampaoli

SANTIAGO, Chile, 30 Jun (Reuters) – Membimbing Chile ke final Copa America adalah mimpi jadi kenyataan buat jurulatih, Jorge Sampaoli yang jelas lega selepas tuan rumah itu mencatat kemenangan, 2-1 ke atas Peru, di sini, hari ini.

Eduardo Vargas muncul wira negaranya apabila meledak kedua-dua jaringan kemenangan pada aksi di Stadium Nasional itu dengan Peru terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-20 perlawanan.

Pemain Peru, Carlos Zambrano diarah keluar padang kerana memperoleh kad kuning kedua pada perlawanan terbabit.

“Ini adalah tanggungjawab kami untuk membawa Chile ke final, kami mengetahuinya sejak awal lagi,” kata Sampaoli kepada wartawan. “Ini adalah mimpi yang menakjubkan dan lebih bermakna sebagai tuan rumah.”

Sekalipun beraksi lebih seorang pemain hampir 70 minit perlawanan, Sampaoli yang juga warga Argentina menyifatkan rasa gemuruh menjadikan kemenangan makin sukar diraih.

Sampoli meraikan jaringan pemainnya semasa menentang Paraguay dalam aksi separuh akhir semalam. – Reuters
Sampoli meraikan jaringan pemainnya semasa menentang Paraguay dalam aksi separuh akhir semalam. – Reuters

“Kekeliruan menambah rumit kami dalam permainan yang sepatutnya kami tamatkan lebih awal. Daripada semua perlawanan Copa yang kami lalui sebelum ini, ini adalah paling sukar kerana kami tidak tahu bagaimana untuk menamatkannya.”

Jurulatih Peru, Ricardo Gareca memuji tuan rumah dengan berkata Chile adalah calon yang kuat (untuk memenangi Copa), ia sejak daripada awal dan ia berterusan, katanya.

Sebelum ini, Chile menyingkirkan Uruguay daripada saingan Copa America sebentar tadi selepas menang 1-0 pada pertemuan suku akhir, sekali gus menghampiri impian mendakap kali pertama piala berprestij Amerika Selatan itu.

Pertembungan dramatik di Stadium Estadio Nacional itu menyaksikan penyandang juara, Uruguay terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas penyerangnya, Edinson Cavani dan pemain pertahanan Jorge Fucile dibuang padang.

Gol tunggal Chile dihasilkan pada minit kelapan menerusi pemain pertahanan Juventus, Mauricio Isla.

Fucile dikeluarkan padang selepas memperoleh kad kuning kedua pada minit terakhir permainan sehingga mencetuskan ketegangan antara pemain dan pegawai kejohanan kedua-dua pasukan.

Malah, insiden itu juga menyebabkan jurulatih veteran Uruguay, Oscar Tabarez memasuki ke dalam padang.

Pengadil dari Brazil, Sandro Meira Ricci sebelum itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain Uruguay apabila keputusannya melayangkan kad kuning kepada kepada Cavani pada minit ke-61.

ARTIKEL YANG SAMA