Minggu Aspirasi Islam UBD bermula

Minggu Aspirasi Islam UBD bermula

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Minggu Aspirasi Islam (IAW) Universiti Brunei Darussalam (UBD) anjuran Eksekutif Keagamaan dan Kerohanian (EKK) dan Majlis Perwakilan Pelajar 2015/16 bermula hari ini di Dewan Inspiring, Pusat Pelajar UBD.

Majlis itu dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik, UBD, Prof. Madya Dr.Mohd Ayub Sadiq@Lin Naing.

IAW yang berlangsung selama seminggu menjadi platform UBD merealisasikan aspirasi negara menjadi sebuah Negara Zikir dengan pelbagai persembahan daripada Kelab EKK, taklimat motivasi dan pertandingan serta pameran daripada kelab-kelab yang menyertainya.

Menurut Pegawai Ugama Hal Ehwal Pelajar UBD, Dayangku Siti Norainul Fathni binti Pengiran Haji Tajuddin yang juga selaku penyelaras dan penasihat IAW, “Tahun ini IAW membawa tema ‘The Unseen Garden’ yang menggambarkan pengertian syurga di mana setiap umat Islam berharap untuk mencapai redha Allah S.W.T agar dapat memasukinya.”

Prof. Madya Dr Ayub Sadiq @ Lin Naing semasa merasmikan minggu IAW.
Prof. Madya Dr Ayub Sadiq @ Lin Naing semasa merasmikan minggu IAW.
Prof. Madya Dr Ayub Sadiq @ Lin Naing semasa membuat lawatan ke petak pameran.
Prof. Madya Dr Ayub Sadiq @ Lin Naing semasa membuat lawatan ke petak pameran.
Suasana Minggu Aspirasi Islam yang dibukakan kepada orang ramai.
Suasana Minggu Aspirasi Islam yang dibukakan kepada orang ramai.

IAW yang sudah pun memasuki tahun keenam, menampilkan lapan buah petak pameran yang antara lain menerangkan mengenai kehebatan dan bukti-bukti kewujudan Allah melalui Al-Quran, cara saintifik, fakta dan sebagainya, tambahnya.

Menurutnya lagi, setiap petak pameran juga akan mengadakan aktiviti-aktiviti permainan yang berkaitan dengan tema IAW tahun ini dan setiap aktiviti ini akan memberikan pengajaran kepada para pengunjung.

Beliau berharap orang ramai khususnya para belia dapat menimba ilmu mendalami serta memahami kehebatan Allah S.W.T di samping meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan Al-Quran dan sejarah Nabi Muhammad S.A.W.

ARTIKEL YANG SAMA