Minggu Bahasa...

Minggu Bahasa dan Budaya Jepun dirasmi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Persahabatan dan kefahaman di antara rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam dan Jepun akan terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang bahasa dan kebudayaan menerusi penganjuran bersama Minggu Bahasa dan Budaya Jepun oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam, Japan Foundation dan Times Square, di Atrium, Times Square, Berakas bermula hari ini hingga 19 Februari.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian Minggu Bahsa dan Budaya Jepun berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhili.

Yang Berhormat Pehin dan isteri serta Noriko Iki memukul gendang, Taiko bagi merasmikan Minggu Bahasa dan Budaya Jepun 2017.
Yang Berhormat Pehin dan isteri serta Noriko Iki memukul gendang, Taiko bagi merasmikan Minggu Bahasa dan Budaya Jepun 2017.

Duta Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Noriko Iki ucapan alu-aluannya berkata,  pameran tersebut memberikan peluang kepada orang ramai untuk menyelami serta memahami budaya dan bahasa unik masyarakat Jepun.

ARTIKEL YANG SAMA