Minggu Bahasa Inggeris

Minggu Bahasa Inggeris

Oleh Shanwaz

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Dengan tema ‘I Speak English’, Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid Menunggol, Kluster 3 telah menganjurkan minggu Bahasa Inggeris yang mendapat sambutan yang bersemangat daripada murid-murid.

Minggu Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan telah dimulakan dengan pelancarannya yang disempurnakan oleh Guru Besar, Dayang Safiah binti Haji Yakup pada majlis yang berlangsung di Dewan Nakhoda sekolah itu.

Ia dikendalikan oleh beberapa orang guru, terdiri daripada Awang Selavisi bin Marup, Dayangku Saidah binti Pengiran Ahmad, Dayang Maslinda binti Mohd Tejudin dan Janine Phanariotis,

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ‘The Book Was Quiet’, ‘Bugs Splat’ dan ‘Chinese Whisper’ yang mendapat penyertaan cemerlang daripada semua murid. Tujuan acara ini adalah untuk memperbaiki kemahiran bertutur dan meningkatkan pencapaian murid-murid.

Murid-murid sedang mencuba aktiviti ‘Bugs Splat’.
Murid-murid sedang mencuba aktiviti ‘Bugs Splat’.

ARTIKEL YANG SAMA