Minggu Bahasa Inggeris KUPU SB menutup tirai

Minggu Bahasa Inggeris KUPU SB menutup tirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Minggu Bahasa Inggeris 2015 yang berlangsung di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) sejak 28 Ogos lalu telah menutup tirainya hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis penutup berkenaan ialah Ra’es KUPU SB, Dr. Hajah Masnon binti Haji Ibrahim, dan turut dihadiri oleh para pegawai utama, pensyarah serta mahasiswa-mahasiswi KUPU SB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Minggu Bahasa Inggeris itu merupakan salah satu aktiviti yang diusahakan bersama Jabatan Bahasa dan mahasiswa-mahasiswi Program Ijazah Sarjana Muda sesi 2014/2015 serta Diploma Tertinggi Perguruan Agama sesi 2015/2016.

Acara bertema ‘Rihlah Al-Mu’allim’ ini bertujuan untuk meningkatkan komunikasi serta keupayaan pembelajaran pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.

Ia juga diharapkan untuk meningkatkan nilai tambah kepada pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris bagi interaksi seharian mereka dengan lebih yakin dan selesa selaras dengan objektif membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Majlis berkenaan turut disemarakkan dengan Pertandingan Akhir ‘Spell it Right’, Persembahan Pidato dan Nasyid Bahasa Inggeris, Tayangan Video Minggu Bahasa Inggeris 2015 serta penyampaian hadiah dan sijil.

ARTIKEL YANG SAMA