Minggu Buku ISB labuh tirai

Minggu Buku ISB labuh tirai

Oleh Abdul Hakiim Yakof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Murid-murid peringkat rendah Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), hari ini, datang ke sekolah dengan berpakaian sebagai Hobbit, Wizard, Orc, Elve dan Dwarve bagi menandakan berakhirnya Minggu Buku yang tahun ini membawa tema berdasarkan novel karya JRR Tolkien, ‘The Hobbit’.

Berangkat sama menyertai keseronokan itu ialah anakanda-anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, serta anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

Berangkat hadir ialah anakanda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb.

Suasana kampus seluas 22 ekar ISB telah diberi nama dan dihias untuk menyesuaikannya dengan tempat-tempat di Middle Earth, dunia dongeng yang menjadi latar belakang kisah ‘The Hobbit’, dan acara telah diisi dengan beberapa aktiviti menyeronokkan berdasarkan buku berkenaan dan watak-wataknya serta berbagai-bagai idea seragam bagi pelajar dan guru-guru.

Setiap pelajar datang dengan bekal yang mengandungi tujuh makanan, satu bagi setiap tujuh hidangan sehari dalam Hobbit.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb berkenan memakai pakaian salah satu watak dalam ‘The Hobbit’ sebagai salah satu acara untuk memeriahkan penutupan Minggu Buku Sekolah Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb berkenan memakai pakaian salah satu watak dalam ‘The Hobbit’ sebagai salah satu acara untuk memeriahkan penutupan Minggu Buku Sekolah Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah turut berkenan memeriahkan acara penghujung Minggu Buku ISB.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah turut berkenan memeriahkan acara penghujung Minggu Buku ISB.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa berkenan menghadiri acara berkenaan.
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim semasa berkenan menghadiri acara berkenaan.

Seluruh sekolah rendah kemudian membuat perarakan muzikal di mana kelas-kelas meniru perjalanan Hobbit merentasi Middle Earth, dengan jabatan muzik sekolah berkenaan menyediakan runut bunyi dengan lagu Hobbit yang telah dipelajari oleh semua kanak-kanak.

Selepas perarakan itu, para pelajar berhimpun di dewan sukan di mana mereka berkumpul mengikut warna rumah untuk menyertai aktiviti-aktiviti menyerupai ‘Perang Empat Angkatan Tentera’ juga meminjam plot ‘The Hobbit’.

Minggu Buku ISB telah bermula Isnin lalu dengan ketibaan tetamu khas, Brenda Ratcliff yang merupakan pemudah cara berpengalaman dan penulis buku yang mengikuti kelas-kelas untuk mempromosikan literasi dan membaca menerusi bengkel-bengkelnya dinamakan Hero’s Journey.

Ratcliff telah bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan, pelajar dan guru-guru di New Zealand mengenai pelbagai subjek, dan gembira untuk berada di sini bagi memperkenalkan Hero’s Journey yang berkaitan rapat dengan Hobbit.

Bengkel beliau merangkumi elemen-elemen falsafah Joseph Campbell yang menunjukkan berapa banyak buku-buku cerita kegemaran kita mempunyai struktur yang sama. Guru-guru mempelajarinya menerusi penulisan, bercerita dan drama.

Tahun ini ISB mempunyai subjek khusus mengenai kemahiran penulisan dan sekolah itu teruja untuk dapat menggunakan bengkel Ratcliff sebagai platform bagi pembelajaran menyeronokkan semasa minggu buku, yang berakhir dengan hari penuh menyeronokkan dengan tema Hobbit.

Minggu Buku tahunan ISB merupakan salah satu inisiatif yang melibatkan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan informatif yang menyumbang kepada pembangunan komunikasi dan bahasa, bahagian penting dalam kurikulum akademik peringkat rendah sekolah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA