Minggu e-Vendors VW 25-26 Nov ini

Minggu e-Vendors VW 25-26 Nov ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Volkswagen (VW) di Brunei akan mengadakan acara Minggu e-Vendor Volkswagen pada 25 dan 26 November ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Bilik Pameran Volkswagen, Jalan Telanai.

Antara vendor yang akan turut menyertai acara itu nanti adalah Batches Brew yang menyediakan bru kopi, Kitchen of Aahimishie dengan pelbagai jenis hidangan piza dan juga Rayyan Little Store menjual pakaian kanak-kanak, makanan dan minuman dalam bungkusan serta banyak lagi.

Selain itu, Volkswagen Brunei juga menawarkan baucar kepada 50 orang pelanggan awal untuk digunakan semasa acara itu berlangsung dan boleh digunakan untuk membeli barangan dari mana-mana vendor.

Baucer yang akan diterima oleh 50 pelanggan awal untuk digunakan membeli barangan dari mana jua vendor.
Baucer yang akan diterima oleh 50 pelanggan awal untuk digunakan membeli barangan dari mana jua vendor.

Tambahan lagi, aktiviti lain turut disediakan termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah daripada vendor dan cenderamata daripada Volkswagen.

Promosi Pra-Sekolah juga ditawarkan kepada pelanggan yang ingin membeli Volkswagen dengan peluang memenangi hadiah menerusi cabutan pada bulan Disember nanti. Volkswagen Vento yang mencatatkan jualan terbaik merupakan sebuah kereta sedan dengan muatan kargo lebih luas namun tidak mengabaikan kualiti dan keselesaan.

ARTIKEL YANG SAMA