Minggu eksklusif Indera Motors

Minggu eksklusif Indera Motors

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam akan melancarkan acara hujung minggu eksklusif dengan tawaran hadiah menarik di bilik pamerannya di Lambak Kanan pada 16 April ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Menurut kenyataan Indera Motors, tawaran ‘Sekali seumur Hidup’ disediakan khas pada acara sehari itu, di mana para pelanggan akan berpeluang menyaksikan pelbagai pilihan kereta Jaguar daripada Jaguar XE, Jaguar XF, Jaguar XJ dan F-Type yang paling berkuasa, sementara itu, barisan kereta Land Rover pula termasuk Land Rover Discovery, Land Rover Discovery Sport, Range Rover Evoque dan Range Rover.

“Anda tidak akan dapat melihat tawaran sejenis ini diadakan di mana-mana yang berdekatan, kerana kami mendapat sokongan penuh daripada Jaguar Land Rover Global untuk membantu kami dalam menghabiskan stok-stok 2015 kami,” Pengurus Eksekutif Kanan, Indera Motors, Dayang Normala binti Othman dipetik sebagai berkata.

Di samping tawaran-tawaran harga yang menarik, pelanggan yang menghadiri acara itu nanti juga akan layak menerima pakej servis percuma, di antara satu hingga lima tahun servis percuma selain jaminan selama tiga tahun dan setahun minyak petrol percuma. Semua ini hanya ditawarkan pada hari itu sahaja.

Sesi uji pandu juga disediakan dengan pelbagai barangan Jaguar dan Land Rover yang menarik akan diberikan kepada mereka yang membuat uji pandu.

Acara hujung minggu itu juga akan menyaksikan tawaran harga menarik bagi semua kereta syarikat dan demo, di mana pelanggan boleh menjangkakan harga menarik bagi kereta berusia kurang dari setahun dengan perbatuan yang sangat rendah.

Menurut kenyataan itu, Jaguar Land Rover Global mempunyai dasar di mana semua kereta demo mereka mesti dijual selepas enam bulan bagi memastikan pelanggan hanya menguji pandu model-model terkini dalam pasaran.

Berikutan daripada dasar itu, Indera Motor mengambil kesempatan acara hujung minggu berkenaan untuk turut menjual kereta-kereta demo mereka pada harga yang menarik.

Promosi-promosi berkenaan kini boleh didapati menerusi laman sesawang, Instagram dan Facebook.

ARTIKEL YANG SAMA