Minggu ikatan keluarga JP tarik perhatian

Minggu ikatan keluarga JP tarik perhatian

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Lebih 100 orang mengunjungi Colonnade Jerudong Park semalam untuk menyaksikan acara menarik ‘Malam Mempersona’ sebagai salah satu aktiviti bagi ‘Minggu Ikatan Keluarga Jerudong Park’.

Antara persembahan pada acara anjuran Jerudong Park (JP) itu ialah permainan muzik, silap mata dan persembahan dari penyanyi tempatan termasuk ‘FNduo’ dengan lagu ‘Assalamualaikum’ yang berjaya memukau para penonton.

Apa yang menarik lagi ialah apabila Tse Tow, Julio, Azmy dan Mughnii memberi kejutan dengan permainan silap mata ilusi, tipu helah dan permainan kad.

Para pengunjung JP menyaksikan persembahan ‘Malam Mempersona’ sebagai salah satu aktiviti ‘Minggu Ikatan Keluarga Jerudong Park’.
Para pengunjung JP menyaksikan persembahan ‘Malam Mempersona’ sebagai salah satu aktiviti ‘Minggu Ikatan Keluarga Jerudong Park’.

Pada akhir acara semalam, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan Bubble Show daripada Julio dan Cha Cha, sekali gus berpeluang mencuba sendiri pengalaman memasuki Bubble gergasi.

Menurut Penolong Pegawai Jerudong Park Country Club, Evy Vaizura binti Haji Abdul Raup, persembahan Bubble ini hanya diadakan bagi majlis persendirian sahaja tetapi kali ini ia dipersembahkan kepada orang ramai sebagai hadiah JP untuk para pengunjungnya.

ARTIKEL YANG SAMA