Mini karnival Jabatan Penerangan di Temburong

Mini karnival Jabatan Penerangan di Temburong

TEMBURONG, 22 April – Sempena memperingati penubuhannya yang ke-64 tahun, Jabatan Penerangan buat julung-julung kalinya telah mengadakan Mini Karnival di Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Legar Bangunan Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar.

Pelancaran karnival berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad.

Pelbagai program yang menarik telah disusun atur sepanjang karnival berkenaan bagi para pelajar dan penuntut sekolah yang hadir seperti pelbagai jenis pameran dan kuiz serta pertandingan seperti peraduan fotografi.

Acara seumpamanya juga akan diadakan di Daerah Belait pada 23 dan 24 April ini di Seria Plaza, manakala itu, pada 26 dan27 April ia akan diadakan di Petani Mall, Daerah Tutong.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti khusus semasa Mini Karnival tersebut bolehlah mengikuti akaun Instagram Jabatan Penerangan iaitu @info-dept.bn dan #infodeptbn64. – Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

Sebahagian dari pelajar yang turut berinteraksi dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan.
Sebahagian dari pelajar yang turut berinteraksi dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan.

ARTIKEL YANG SAMA