Minta bajet pertahanan terbesar

Minta bajet pertahanan terbesar

TOKYO, 31 Ogos (AFP – Kementerian Pertahanan Jepun hari ini memohon bajet pertahanan terbesar pernah dimintanya, ketika Tokyo meningkatkan kekuatan tenteranya di tengah-tengah pertikaian wilayah dan kebimbangan mengenai bajet pertahanan tentera laut China yang besar.

Kementerian mahukan 5.09 trilion yen (AS$42 bilion) bagi tahun fiskal seterusnya dengan fokus mengenai mengukuhkan perlindungan ke atas segugus pulau selatan yang terbentang dari perairan utama Jepun sehinggalah ke perairan berhampiran Taiwan.

Jika permintaan itu diluluskan ia akan menandakan pertambahan bajet pertahanan tahunan keempat berturut-turut yang menyaksikan peningkatan 2.2 peratus daripada bajet tahun fiskal semasa, yang berakhir dalam Mac 2016.

Trend itu mencerminkan cubaan Perdana Menteri Shinzo Abe untuk membina tentera yang lebih aktif, dengan menumpukan kemungkinan ketegangan dengan China. Beliau juga mendesak untuk mengubah perlembagaan Jepun yang lebih cenderung ke arah kedamaian, perubahan yang boleh menyaksikan tentera terbabit dalam langkah gempur buat kali pertama semenjak berakhirnya Perang Dunia ke-2.

Pasukan bersenjata Pertahanan Diri Darat Jepun menembak semasa sesi latihan tahunan berhampiran Gunung Fuji di padang latihan Higashifuji di Gotemba, barat Tokyo dalam gambar fail bertarikh 19 Ogos 2014 ini. Kementerian Pertahanan hari ini memohon bajet pertahanan besar kerana kebimbangan pertikaian dengan China. – Reuters
Pasukan bersenjata Pertahanan Diri Darat Jepun menembak semasa sesi latihan tahunan berhampiran Gunung Fuji di padang latihan Higashifuji di Gotemba, barat Tokyo dalam gambar fail bertarikh 19 Ogos 2014 ini. Kementerian Pertahanan hari ini memohon bajet pertahanan besar kerana kebimbangan pertikaian dengan China. – Reuters

Langkah itu terbukti amat tidak popular di tanah air dan mencetuskan satu protes oleh berpuluh-puluh ribu orang di luar parlimen pada Ahad.

Usaha pertahanan Abe juga menyebabkan ketidaksenangan di China dan Korea Selatan yang merupakan mangsa kempen tentera agresif Jepun sepanjang Perang Dunia ke-2.

Manakala Jepun pula semakin bimbang dengan China yang dilihat oleh beberapa buah negara lain di rantau itu semakin agresif dalam pelbagai tuntutan kedaulatan, termasuk satu pertikaian ke atas pulau milik Tokyo.